Firma Melayu/Islam tidak lepaskan peluang manfaatkan GeBiz

Firma Melayu/Islam tidak lepaskan peluang manfaatkan GeBiz

Lebih banyak firma Melayu/Islam boleh memanfaatkan gerbang dalam talian Pusat Perniagaan Elektronik Pemerintah (GeBiz) bagi mendapatkan projek pemerintah.

Ia merupakan saluran tambahan bagi mereka mendapat peluang perniagaan yang ditawarkan pemerintah bagi meningkatkan pendapatan mereka.

Rata-rata para peniaga Melayu/Islam yang pernah memenangi tender menggunakan GeBiz menyatakan sistem itu amat mudah digunakan dan telus.

Dibentuk pada Jun 2000, GeBiz (www.gebiz.gov.sg) merupakan satu gerbang dalam talian yang membolehkan firma pembekal menjalankan dagangan elektronik dengan pemerintah Singapura (G2B).

Semua undangan sektor awam bagi sebut harga dan tender (kecuali kontrak yang sensitif dari segi keselamatan) melebihi $3,000 diletakkan dalam GeBiz.

Firma boleh mendaftar menjadi rakan dagangan GeBiz sebelum mereka mendapatkan maklumat mengenai projek yang ditawarkan dan menghantar tawaran harga (bida) usulan mereka dalam talian.

Terlalu banyak jenis tender ditawarkan dalam GeBiz daripada semudah membekalkan dua komputer bagi agensi pemerintah, meruntuhkan tembok bangunan, membekalkan kasut bagi pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah hinggalah projek yang kompleks.

"Jadi, kita perlulah pandai memantau projek- projek itu dan mencari projek berdasarkan kekuatan syarikat kita. Jika kita dapat penuhi kriteria yang ditetapkan dalam tender itu, bolehlah kita mencubanya,'' kata pemilik firma binaan dan lanskap, Hakodate Contracts and Services, Encik Buhari Shahlan, 49 tahun.

Beliau telah memenangi beberapa projek menjaga taman dan landskap di sekolah melalui GeBiz. Pemilik Fatiin Multimedia, Encik Mohd Nasir Mohd Sairi, menggalak peniaga Melayu/Islam memanfaatkan GeBiz kerana "ia merupakan wadah tambahan bagi mencari peluang perniagaan". "Ia amat mudah digunakan kerana segalanya dilakukan secara online dan saya rasa sistem itu amat telus. Kita akan dapat tahu syarikat yang menangi tender itu dan harga bidaan yang diletakkannya,'' kata Encik Nasir, yang memenangi tiga tender melalui GeBiz.

Rangkaian restoran Mediterranean, Fig & Olive, juga telah beberapa kali memenangi tender GeBiz bagi menyediakan khidmat katering bagi agensi-agensi pemerintah.

"Satu kriteria bagi projek katering ini ialah mereka perlu ada sijil halal. Jadi, sejak Fig & Olive mempunyai sijil halal, kami telah membida beberapa projek melalui GeBiz dan berjaya memenanginya.

"Bagi saya, memilih tender amat penting. Jika ia tidak dapat menampung kos kita, tidak perlulah kita membuat bidaan. Jadi, kita perlu buat kiraan dengan rapi. Jangan sampai lepas mendapat projek, kita pulak rugi,'' kata pemilik Fig& Olive, Cik Masmunah Abdullah.

Firma Fun Play Workshop, yang diasaskan Encik Sirfan Suzlaifan Sulaimi, telah banyak kali memenangi tender latihan drama dan lakonan bagi kementerian, agensi pemerintah dan sekolah-sekolah melalui GeBiz.

"Bagi yang tidak mempunyai pengalaman buat bidaan, nasihat saya ialah kaji pasaran.

"Kaji berapakah harga yang patut kita letakkan. Semasa kali pertama buat bidaan, saya meletakkan harga terlalu tinggi dan tidak mendapat projek itu.

"Tetapi sebenarnya, tidak semestinya firma yang menawarkan harga bidaan terendah mendapat projek. Pada akhirnya, mereka memilih berdasarkan mutu usulan perniagaan,'' kata Encik Sirfan yang telah beberapa kali memenangi kontrak bagi melakarkan konsep, skrip dan lakonan bagi kementerian dan agensi pemerintah bagi mengetengahkan mesej-mesej tertentu seperti nilai kekeluargaan.

Sekitar 70 peratus pendapatan firma penyedia latihan dan acara, Mudd & Nadd, adalah melalui GeBiz.

"Saya pernah usulkan beberapa rakan peniaga Melayu supaya memanfaatkan wadah GeBiz tetapi masih ada yang berasa sangsi.

Bagi saya, ia merupakan satu wadah yang baik dan harus dimanfaatkan bagi peniaga kita kerana kita dapat menembusi bukan sahaja pasaran Melayu malah pasaran umum yang lebih besar,'' kata pemilik bersama Mudd & Nadd, Encik Muhammad Kamit, 30 tahun.

APA ITU GEBIZ?

» GeBiz (www.gebiz.gov.sg) atau Government Elecronics Business Centre (Pusat Perniagaan Elektronik Pemerintah) merupakan satu gerbang dalam talian yang membolehkan firma pembekal menjalankan dagangan elektronik dengan pemerintah Singapura (G2B).

» Semua undangan sektor awam bagi sebut harga dan tender (kecuali kontrak yang sensitif dari segi keselamatan) diletakkan dalam GeBiz.

» Firma boleh mendaftar bagi menjadi rakan dagangan GeBiz.

» Setelah mendaftar, mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai projek yang ditawarkan dan menghantar tawaran harga (bida) usulan mereka dalam talian.

» Dibentuk pada Jun 2000, ia bertujuan memudahkan kegiatan tender dan pemerolehan pemerintah berdasarkan dasar sepert


This article was first published on Dec 16, 2014.
Go to beritaharian.sg for more stories.

More about

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.