Ke arah Singapura lebih selamat, terpelihara

Ke arah Singapura lebih selamat, terpelihara

Pemerintah akan melaksana rancangan memperoleh peralatan baru dan memperluas keupayaan demi menangani ancaman dari dalam dan luar negara.

Dari sudut keselamatan dalam negeri, pasukan polis akan meluaskan Sistem Kepolisan Masyarakat (Cops) ke semua Pusat Polis Kejiranan (NPC) menjelang tahun depan.

Teknologi bakal dimanfaat untuk mempermudah kawalan, komand dan perhubungan. Ini termasuk usaha melengkapi anggota polis dengan alat kamera pada badan dan meletak kamera di semua blok perumahan awam menjelang 2016.

Bagi menangani ancaman luaran dan menjaga kepentingan negara di dunia, pemerintah juga menekankan peri penting memastikan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) kekal kukuh.

Pelan pemerintah untuk memastikan negara lebih aman, lebih selamat lagi terpelihara terkandung dalam Adendum Amanat Presiden yang dikeluarkan semalam.

"Sekitaran serta sempadan yang selamat dan aman merupakan asas kewujudan dan kemakmuran sesebuah negara.

"Dinamik kuasa besar yang terus berubah, ancaman keselamatan yang merentas negara serta ancaman jenayah yang tidak mengambil kira sempadan, menjadikan sekitaran keselamatan kita semakin rumit," sebut kenyataan itu.

Bagi menangani cabaran masa depan, pemerintah turut menyeru rakyat bersatu padu bagi menangani ancaman yang boleh menjejas keharmonian antara kaum dan agama.

Teras usaha pemerintah adalah memperkukuh keupayaan SAF, Home Team dan Khidmat Ehwal Luar dan Sekretariat Penyelarasan Keselamatan Nasional (NSCS).

Sebagai contoh, Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) mempunyai rancangan membina beberapa balai bomba baru termasuk balai bomba marin di Tanah Merah.

Dalam Adendum, pemerintah berkata negara memerlukan dasar diplomasi yang kuat untuk mempertahan dan memajukan kepentingan Singapura di dunia.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) misalnya mempunyai pelbagai rancangan memperkukuh dasar diplomasi.

Selanjutnya, SAF akan terus membuat pelaburan berhemah dalam peralatan canggih, agar ia dapat menangani pelbagai ancaman dan mencegah negara daripada diceroboh. Antaranya, SAF akan mempertingkat keupayaan jet pejuang F-16, dan membeli dua lagi helikopter Sikorsky S-70B. Dalam pada itu, peranan anggota tetap dan anggota perkhidmatan negara (NS) tidak kurang penting.

Oleh itu, pemerintah berkata ia akan melaksanakan saranan yang dikemukakan Jawatankuasa Memperkukuh NS (CSNS).

This article was published in Berita Harian on May 23, 2014

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.