Keharmonian agama kekal utuh di sini

Keharmonian agama kekal utuh di sini

MESKIPUN terdapat peningkatan trend kepada kecenderungan terhadap agama secara global, keharmonian antara kaum berbilang agama di sini kekal utuh, dengan majoriti masyarakat setempat percaya hubungan antara penganut di sini adalah baik.

Majoriti penduduk Islam pula mengatakan bahawa agama adalah penting atau sangat penting kepada keseluruhan identiti mereka.

Demikian antara dapatan Kertas Kerja yang dikeluarkan Institut Pengajian Dasar (IPS) semalam.

Kunci kejayaan negara mengekalkan sekitaran yang aman adalah disebabkan dasar pemerintah mengenai agama, dan ramai beranggapan bahawa Singapura melakukan yang terbaik dalam usahanya menggalak keharmoniaan agama di sini, kata ketua kajian tersebut, Dr Mathew Mathews.

Seramai 3,128 responden mengambil bahagian, dengan hampir 13 peratus adalah kaum Melayu.

Bertajuk Kewarakan dan Pengurusan Keharmonian Agama: Respons dari Kajian IPS mengenai Kaum, Agama dan Bahasa, kertas kerja itu mendokumenkan kepercayaan agama warga Singapura dan bagaimana ia berkait dengan orientasi kehidupan, pendirian moral dan hubungan antara kaum.

Kajian yang dijalankan dari Disember 2012 hingga April 2013 bertujuan memahami lebih mendalam sikap dan kepercayaan rakyat Singapura dalam hal-hal keagamaan, dan pandangan mengenai perhubungan antara agama rakyat setempat.

Dalam kajian tersebut, 66.7 peratus daripada mereka yang ditinjau bersetuju bahawa masyarakat berbilang agama hidup dalam sekitaran yang harmoni di sini.

Sebanyak 29.1 peratus responden pula bersikap neutral, dan 4.3 peratus tidak bersetuju.

Hasil dapatan tersebut, menurut Dr Mathew, menjurus kepada "satu tahap kehamornian agama yang sihat" di sini.

Keseluruhannya sebanyak 57.1 peratus responden berpendapat bahawa agama memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka, dengan 90 peratus responden beragama Islam menganggap agama sebagai penting atau amat penting dalam kehidupan mereka.

Sebanyak 75.5 peratus responden Muslim juga menganggap agama sebagai falsafah penting dalam kehidupan, sementara 72.1 peratus Muslim merujuk kepada agama dan tuhan dalam membuat keputusan hidup.

Meskipun agama penting dalam kehidupan mereka, kebanyakan responden berpuas hati berkenaan hak keagamaan mereka di sini, dengan hanya 23.7 peratus percaya bahawa kumpulan-kumpulan keagamaan di sini harus diberi lebih banyak hak berbanding sekarang.

"Untuk seseorang berupaya berpegang teguh kepada kepercayaan agamanya dan pada masa yang sama dapat hidup dalam sekitaran berbilang agama mencerminkan komitmen masyarakat terhadap keharmonian agama," kata Dr Mathew.

Ini, katanya, hasil kejayaan dasar pemerintah memastikan keharmonian agama seperti Akta Mengekalkan Keharmonian Agama dan menerusi pelbagai daya usaha dan programme kemasyarakatan seperti Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC).

Langkah tersebut, tambahnya, membantu membentuk sifat dan perwatakan masyarakat hingga menjadi 'terbiasa' olehnya.

Justeru kajian tersebut turut menonjolkan sokongan kukuh masyarakat terhadap usaha pemerintah bertindak terhadap pertelingkahan melibatkan agama, kata Dr Mathew.

Lebih 60 peratus responden berkata mereka percaya harus melaporkan kepada pihak berkuasa sekira adanya perlakuan menjelikkan dan kurang sensitif terhadap sesuatu agama.


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

More about

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.