Khaw: Hormatilah pegawai awam kita

Khaw: Hormatilah pegawai awam kita
ENCIK KHAW: Berharap akan ada sikap saling menghormati antara pegawai awam dengan penduduk yang mahu mendapatkan khidmat awam.

MENTERI Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, menyeru orang ramai supaya terus menghormati pegawai awam, yang "telah melakukan yang terbaik untuk mengurus keperluan warga Singapura".

Dalam sebuah pos di blognya bertajukMutual Respect Makes Gracious Living (Saling Menghormati Menjadikan Hidup Lebih Menyenangkan) semalam, beliau berkata ada pegawai awam diletak dalam keadaan susah, malah dianiayai secara lisan dan fizikal.

Encik Khaw menambah bahawa pegawai barisan depan mempunyai pekerjaan mencabar dan ramai daripada mereka bekerja dengan "tidak mengenal penat di kaunter, dengan dedikasi dan keazaman mengagumkan untuk menyediakan khidmat baik".

Beliau menyebut tentang satu kes di Buona Vista pada Ogos lalu dengan seorang penduduk menjerit dan membaling sebuah objek terhadap pegawai selepas enggan menerima penjelasan mengenai satu perkara berhubung pinjaman gadai janji.

Laporan polis dibuat menyusuli kejadian di Buona Vista itu Ogos lalu yang menyebabkan penduduk tersebut didakwa di mahkamah dengan dia mengaku bersalah dan telah didenda.

Pegawai dalam kes itu tidak cedera.

Encik Khaw berkata: "Mujur kejadian melampau seperti itu jarang berlaku. Pegawai awam memandang serius pekerjaan mereka dan bertindak secara profesional. "Marilah kita terus memberi mereka penghormatan yang mereka layak terima, dan tidak menghina mereka, dan secara bersama, membina sebuah masyarakat baik hati dan baik budi.

"Hormat-menghormati adalah caranya." Beliau menyebut juga tentang sepucuk surat yang ditulis Cik Ho Lin Lee kepada halaman forum akhbar The Straits Times pada September lalu bagi mengucapkan terima kasih kepada pegawai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Majlis Bandaran.

Cik Ho mengucapkan terima kasih kepada para pegawai itu bagi tindakan segera mereka dalam membantu mengendalikan kes paip bocor di flatnya.

Encik Khaw mengucapkan terima kasih kepada Cik Ho sambil berkata pengakuannya memberi galakan kepada pegawai barisan hadapan agar berkhidmat dengan cemerlang.

 


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.