Muis agih bonus zakat pada keluarga memerlukan

Muis agih bonus zakat pada keluarga memerlukan
Private Islamic education centres also hold talks, including at mosques, to counter jihadist and violent ideas and to rebut ideas about killing that ISIS propagates.

SEBANYAK $1,356,782 akan diagihkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tahun ini dalam bentuk bonus zakat hujung tahun kepada seramai 3,210 keluarga memerlukan.

Menurut satu kenyataan Muis semalam, jumlah pengagihan tahun ini ialah 21.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Bilangan penerima juga meningkat 24 peratus berbanding tahun lalu.

Kenaikan itu menyusuli langkah Muis menyemak kriteria kelayakan bagi penerima bantuan zakat bulanan dan menambah jumlah bantuan.

Tahun lalu, Muis mengagihkan $1,116,010 kepada 2,593 keluarga penerima zakat dalam bentuk bonus zakat atau geran hujung tahun (YEG) dan bonus geran pendidikan.

Sejak Ogos lalu, kriteria pendapatan per kapita keluarga bagi mendapatkan bantuan bulanan zakat daripada Muis dinaikkan daripada $300 kepada $350 sebulan.

Jumlah bantuan pula ditambah $30 bagi setiap keluarga.

Setiap penerima kini meraih $130 hingga $270 sebulan, bergantung pada pendapatan per kapita keluarga.

Bonus hujung tahun itu, yang akan diagihkan hari ini, diberikan sebagai tambahan kepada bantuan bulanan yang diagihkan.

Muis berkata pemberian bulanan dan bonus zakat itu melengkapi skim bantuan di peringkat nasional bagi golongan memerlukan di Singapura.

Tahun ini, Muis meniadakan formula yang mengkategorikan penerima dalam pelbagai kumpulan (banding).

Di bawah formula lama, pelbagai kumpulan penerima akan menerima jumlah bonus yang berlainan, bergantung kepada berapa ramai anak, misalnya.

Formula itu kini ditiadakan bagi pengagihan lebih adil dan demi memberi lebih banyak sokongan kepada keluarga yang mempunyai lebih daripada seorang anak.

Selain bonus zakat, keluarga yang mempunyai anak berusia 18 tahun ke bawah akan menerima geran reqab atau geran pendidikan.

Sebanyak $232,300 dalam bentuk geran reqab atau geran pendidikan pula diperuntukkan kepada 1,389 keluarga yang mempunyai anak di bawah usia 18 tahun.

Keluarga yang mempunyai seorang anak akan mendapat geran pendidikan $100, manakala keluarga yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima $70 bagi setiap anak.

Bilangan geran akhir tahun yang diterima setiap keluarga bergantung kepada bantuan bulanan yang diterima keluarga itu, serta berapa ramai anak mereka.

Sebagai contoh, keluarga Encik A, seorang pekerja penghantaran, dan isterinya, seorang suri rumah, yang mempunyai empat anak, akan menerima sejumlah $766 bulan ini yang terdiri daripada $180 daripada wang zakat bulanan; $306 dalam bentuk bonus atau geran akhir tahun; serta $280 ($70 setiap anak) dalam bentuk dana reqab.


This article was first published on December 11, 2014.
Go to beritaharian.sg for more stories.

More about

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.