Pemegang pelan bersepadu Medishield Hayat raih manfaat tahun depan

MEREKA yang mempunyai pelan perlindungan bersepadu (IP) akan meraih manfaat apabila Medishield Hayat dilaksanakan tahun depan, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor.

Bercakap dengan wartawan selepas sesi dialogue tertutup dengan 250 pemimpin akar umbi d Punggol semalam, Dr Khor berkata kebanyakan soalan yang diutarakan daripada sesi itu adalah mengenai kesan baru keadaan skim insurans secara menyeluruh terhadap pemegang IP.

"Kami mahu memastikan kepada pemegang polisi IP bahawa mereka tidak akan berada dalam kedudukan yang rugi dengan Medishield Life," kata Dr Khor.

"Bahkan semua pemegang IP akan meraih manfaatnya kerana mereka akan dilindungi sepanjang hayat dan dalam semua keadaan, termasuk keadaan yang ditentukan lebih awal... biarpun mereka dikecualikan daripada pelan bersepadu yang ada hari ini," tambahnya.

Dr Khor mempengerusikan sesi itu bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang juga merupakan penasihat Pertubuhan Akar Umbi Pasir Ris-Punggol.

Ia merupakan sesi kedua yang dianjurkan daripada 15 dialogue dengan pemimpin akar umbi serata Singapura, anjuran Kementerian Kesihatan.


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.