Perdaus mahu perkasa institusi keluarga

Perdaus mahu perkasa institusi keluarga
Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengalu-alukan ikhtiar Perdaus demi meningkatkan kesedaran, mencorak kehidupan, memperkasa keluarga dan membina masyarakat yang berbudi.

PERSATUAN Pelajar Agama Dewasa Singapura (Perdaus) kini mengorak langkah memberi lebih tumpuan kepada usaha mengukuhkan institusi keluarga.

Usaha ini amat penting dalam hubungan kekeluargaan hari ini yang kian lemah dan dicabar hebat oleh permintaan tinggi kehidupan moden.

Justeru, Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengalu-alukan ikhtiar Perdaus demi meningkatkan kesedaran, mencorak kehidupan, memperkasa keluarga dan membina masyarakat yang berbudi.

"Perdaus kini sedang berada di persimpangan. Ia sedang mengenal pasti cabaran-cabaran baru pada masa kini dan generasi selanjutnya," kata beliau.

Encik Masagos berkata demikian di sambutan ulang tahun Perdaus yang ke-50 semalam.

Di majlis tersebut berlangsung juga forum berjudul Membesarkan Anak-Anak yang Sedar Akan Tuhan.

Selain itu, satu karnival keluarga juga dianjurkan lengkap dengan permainan serta gerai-gerai menjual makanan dan minuman serta perkakas Muslim lain.

Dianggarkan sekitar 1,000 hadirin telah memeriahkan karnival tersebut.

Pada masa yang sama Perdaus juga telah mengiktiraf sumbangan tiga perintis persatuan termasuk Encik Hassan A. Majid, 80 tahun, Encik Mohamed Ayub Johari, 74 tahun, serta Encik Idris Ahmad, 80-an tahun yang turut menyumbang khidmat mereka kepada masjid, madrasah serta pertubuhan lain.

 


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

More about

Masagos Zulkifli
Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.