PM: Singapura prihatin, semua warga boleh bantu

PM: Singapura prihatin, semua warga boleh bantu
KUMPUL DANA: Muis telah menjalankan usaha mengumpul dana bagi bantuan untuk Gaza. Rakyat Singapura telah menyumbang dengan murah hati termasuk bukan Muslim.

"KONFLIK bersenjata di Gaza semakin meruncing sepanjang seminggu ini. Ratusan nyawa terkorban, kebanyakannya orang awam, termasuk ramai kanak-kanak dan bayi. Korban jiwa mereka yang tidak bersalah dalam jumlah yang besar ini, amat menyayat hati. Walaupun Timur Tengah begitu jauh, kita dapat rasakan kepahitan dan kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin kerana ikatan kemanusiaan yang kita semua kongsi bersama.

Tiada huraian mudah. Masalah Israel- Palestin berakar umbi hampir seabad lamanya. Mereka saling tidak mempercayai dan permusuhan begitu mendalam. Lingkaran keganasan dan tindak balas yang tiada penghujung tidak menjanjikan masa depan yang baik untuk rakyat.

Sebarang huraian jangka panjang mesti bermula dengan kedua-dua pihak menghentikan keganasan. Saya harap semua pihak bekerjasama untuk akhiri gelombang keganasan terbaru ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa konflik yang sedang berlaku ini.

Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Rakyat Singapura telah menyumbang dengan murah hati termasuk bukan Muslim.

Saya harap rakyat Singapura yang prihatin akan terus memberi sokongan mereka melalui cara ini.''

Ramai warga lahir penghargaan

Eric Cheung: PM Lee, terima kasih kerana menunjukkan anda ambil berat dan prihatin tentang keadaan ini dalam masyarakat antarabangsa...

Anda benar-benar orang yang membuat warga Singapura berasa bangga...

Sharon Tay: Benar, PM Lee. Sayangnya, (saya) tidak rasa keganasan akan berakhir. Diharapkan dana-dana yang terkumpul akan membantu meringankan beban warga Palestin yang merasakan kesan daripada serangan ke atas mereka.

Frankie Png: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan dunia pun tidak mampu menghalang mereka daripada bertelagah sesama sendiri. Apakah negara aman seperti Singapura mampu lakukan? Perlu ada perjanjian untuk genjatan senjata terlebih dahulu sebelum sebarang perjanjian damai boleh diusahakan.

Reren Arimbi: Singapura sentiasa memikirkan tentang orang lain...

Daniel Ng: Pembunuhan mesti dihentikan. Nilai-nilai kemanusiaan mesti diutamakan.

Adeline Ong: Terima kasih PM kerana menggalak keamanan di dunia.

Ng Nicky: Terima kasih PM Lee kerana mengingatkan kerana banyak orang bukan Islam tidak sedar bahawa mereka boleh melakukan bahagian mereka dengan menderma atau ini tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka, terima kasih sekali lagi.

Rushdi Hameed: Hebat! inisiatif Hebat

P J John Johney: Setuju kita perlu lebih banyak pemimpin EQ (Kecerdesan Emosi) Baru di serata dunia Tuan! Masalah Israel-Palestin bermula berabad-abad lalu...

Md Masum: Demi Allah inisiatif yang baik! Semoga Allah memberi pemimpin dunia keupayaan untuk memahami ini demi menyelesaikan masalah tersebut.

Enny Chai: Saya menyokong kerana saya melihat keikhlasan dalam anda. Saya percaya dan menghargai keamanan dan keselamatan sebagai warganegara.

Garavani Alba: SETUJU. ini perlu dihentikan sekarang. Perkara paling kuat yang boleh diberi manusia ialah kasih sayang.

Rashedul Islam: Terima kasih tuan

Arif Marecar: pm ia sangat menyedihkan terutama wanita dan dan kanak-kanak tidak berdosa

Wailin Tun: syabas !!!

Seet JiaRong: Saya berharap pemimpin dunia akan menyahut seruan PM ke arah kedamaian, agar mereka mereka mengambil langkah ke arah dialog dan keamanan demi kebaikan kita bersama.


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

More about

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.