Sesi sarapan semarak hidup berjiran

Sesi sarapan semarak hidup berjiran
RAMAH MESRA: Dr Fatimah Lateef meluangkan masa bersama golongan perintis dan warga tua yang sedang menjamu hidangan sarapan pagi McDonald’s tajaan persatuan dari kuil Dou Mu Xing Jun Sheng Gong di Pusat Riadah Haig Vista pagi semalam. Bersamanya Cik Zabiah Ahmad (di sebelah kiri Dr Fatimah).
PHOTO: Berita Harian

SEMANGAT keharmonian kaum jelas semakin semarak di kalangan penduduk Singapura.

Sekumpulan warga emas berbilang bangsa dirai dengan jamuan McDonald's dalam sesi sarapan bersama Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Fatimah Lateef, dengan kerjasama persatuan Cina dari kuil Dou Mu Xing Jun Sheng Gong semalam di Pusat Riadah Haig Vista.

Ia merupakan kegiatan bulanan yang dilakukan bersama golongan perintis dan warga tua yang berpendapatan rendah dan dijalankan secara bergilir-gilir setiap bulan di estet yang berbeza.

Selain menikmati sarapan tajaan persatuan tersebut yang diagihkan oleh wakil dan sukarelawan mereka, golongan tersebut daripada kalangan wanita juga diberikan sekuntum bunga teluki (carnation) sempena Hari Wanita Sedunia.

"Sesi ini memberi peluang kepada mereka bergaul dengan jiran berbilang bangsa, mengenali mereka dan luangkan masa bersama. Mereka juga dapat melihat kemajmukan masyarakat Singapura apabila persatuan Cina hulurkan bantuan kepada masyarakat lain," kata Dr Fatimah lagi.

Seorang warga tua, Cik Zabiah Ahmad, 81 tahun, turut merasakan ini merupakan peluang mengenali jiran tetangga.

"Sertai kegiatan sebegini membolehkan saya luangkan masa dan lebih mengenali jiran kerana agak sukar jumpa mereka, masing-masing tutup pintu apabila duduk di rumah flat," kata beliau yang menetap dengan anak perempuannya dan seorang cucu di blok berhampiran.

Cik Wee Lily, 68 tahun, juga gembira apabila dapat meluangkan masa bersama jiran kerana lazimnya beliau hanya turun ke bawah ke pasar atau bersenam sahaja.


This article was first published on March 09, 2016.
Go to beritaharian.sg for more stories.

Purchase this article for republication.

BRANDED CONTENT

SPONSORED CONTENT

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.