Soal Jawab MediShield Hayat

Soal Jawab MediShield Hayat

Soalan (S): Saya tidak ada insurans, termasuk MediShield. Bagaimana mohon MediShield Hayat?

Jawapan (J): Tidak perlu. Anda akan masuk secara automatik dalam MediShield Hayat tahun depan.

S: Saya ada penyakit tetapi tidak ada insurans. Adakah saya layak untuk MediShield Hayat?

J: Ya, anda juga masuk secara automatik. Namun, semua yang ada penyakit sedia ada perlu bayar premium 30 peratus lebih tinggi bagi 10 tahun pertama kerana risiko anda lebih tinggi.

S: Saya sudah ada MediShield. Apa bezanya dengan MediShield Hayat?

J: Seperti orang lain, anda akan nikmati perlindungan lebih luas di bawah MediShield Hayat. Antaranya, tuntutan insurans lebih tinggi serta wang dibayar sendiri yang lebih rendah bagi bil hospital dan rawatan.

S: Saya ada Pelan Perlindungan Bersepadu (IP) yang ditawarkan syarikat insurans privet. Bagaimanakah MediShield Hayat akan jejas pelan itu?

J: Mereka yang ingin manfaat tambahan, seperti tinggal di wad kelas A atau B1, selalunya ambil IP. MOH berkata kenaikan premium IP dijangka sama dengan kenaikan MediShield Hayat, atau lebih rendah. Nantikan butiran lanjut daripada syarikat insurans anda.

 


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

More about

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.