Sokong institusi keluarga tapi elak langkah pecah-belah warga

Sokong institusi keluarga tapi elak langkah pecah-belah warga

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, menggalakkan rakyat Singapura termasuk masyarakat Islam agar menghormati perbezaan pendapat dalam masyarakat majmuk dan tidak memberi respons yang boleh memecah belahkan masyarakat.

Beliau memberi komen itu sehari selepas satu surat pekeliling Muis dikeluarkan yang menasihatkan Muslim agar tidak mengambil pendekatan konfrontasi atau memburukburukkan mereka yang terlibat dalam gaya hidup LGBT atau gerakan menggalak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti inisiatif Pink Dot.

"Kita tahu bahawa agama menyanjung tinggi institusi keluarga. Kita harus terus memperkuatkan institusi keluarga kerana itulah yang disanjung tinggi agama kita.

"Tetapi, kita hidup di satu negara majmuk dan perbezaan pendapat dan pilihan akan terus berlaku.

"Namun, bagaimana kita memberi respons kepada perbezaan itu penting kerana selama ini kita telah menggunakan cara yang lembut dan penuh tatatertib bagi mengurangkan jurang perbezaan itu dengan menghormati satu sama lain kerana kita tahu perbezaan itu akan berlaku," ujar Dr Yaacob kepada wartawan sebelum berlangsungnya Majlis Anugerah Majlis Ugama Islam (Muis) di Hotel Orchard semalam.

Beliau menambah: "Tidak lama lagi, insya-Allah, bulan Ramadan akan mendampingi kita, marilah kita gunakan bulan penuh berkah ini menjalankan ibadah yang baik kepada semua, tidak kira latar belakang."

Menurut dokumen itu, pada 12 Jun lalu, Pejabat Mufti telah mengadakan sesi perbincangan menjelang Ramadan bersama pegawai agama masjid, pegawai pembangunan sosial dan pegawai pembangunan belia.

Dalam sesi itu, Mufti Dr Mohd Fatris Bakaram memberi nasihat mengenai cara membina daya tahan masyarakat terhadap trend gaya hidup LGBT dan membantu mereka yang cenderung kepada gaya hidup itu menjauhinya. Dokumen tersebut juga menegaskan Muis tidak bersetuju dan tidak mengizinkan gaya hidup LGBT serta usaha mempromosikan gaya hidup berkenaan.

Pada masa yang sama, anggota lembaga dan kakitangan masjid dinasihatkan menangani isu itu dengan lembut dan masjid pula tidak perlu terlibat dalam pertelingkahan antara kededua inisiatif - Wear White dan Pink Dot.

Muis menyatakan ia sedang memerhatikan perkembangan Wear White dan Pink Dot yang telah mencetus serangan dan komen menghina daripada penyokong kededua pihak.


This article was first published on June 22, 2014.
Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

More about

LGBT Pink Dot
Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.