Tokoh budaya dan seni Melayu/Islam generasi perintis diberi penghargaan

Tokoh budaya dan seni Melayu/Islam generasi perintis diberi penghargaan

BEBERAPA tokoh mapan Melayu/Islam dalam bidang budaya dan seni telah diberi penghargaan dalam satu acara anjuran Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia kelmarin.

Antara mereka yang diraikan ialah Cikgu Muhammad Ariff Ahmad, Encik Sarkasi Said, Encik Yusnor Ef, Encik Suratman Markasan dan Cik Marfoah 'Momo' Makarim.

Acara yang berlangsung di Panggung dan Dewan Konsert Victoria itu memberi penghargaan kepada jasa 350 anggota generasi perintis yang memberi sumbangan kepada pembangunan kesenian dan warisan negara.

Lebih 150 orang hadir pada majlis itu.

Berucap dalam majlis itu, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Lawrence Wong, berkata usaha generasi perintis dalam bidang seni dan budaya telah memberi manfaat kepada generasi masa kini.

"Kini, kita mempunyai akses kepada kesenian yang bermutu untuk meluahkan perasaan kita sendiri, menikmati keindahan di sekeliling kita, dan akhirnya menjadi manusia yang lebih baik. Ini adalah legasi yang anda tinggalkan untuk semua rakyat Singapura," katanya.

Encik Wong berkata tokoh mapan telah membantu melestarikan kesenian dan warisan negara.

Beliau memberi contoh komposer berbakat, Allahyarham Zubir Said, yang sering dijadikan idola buat pemuzik generasi kini.

Semasa hayatnya, Encik Zubir pernah mendapatkan bantuan Cikgu Muhammad Ariff ketika menulis lirik Lagu Kebangsaan Singapura.

Beliau juga mendapat bantuan daripada beberapa ahli muzik bagi menggubah melodi dan lagu Majulah Singapura itu.

Dalam acara itu, sebuah Galeri Warisan yang terletak di Panggung dan Dewan Konsert Victoria juga dilancarkan.

Galeri itu merakamkan kisah dan sumbangan anggota perintis agar dapat dimanfaatkan generasi masa depan.

Dalam ucapannya juga, Encik Wong berkata generasi perintis kesenian dan warisan akan diberi keistimewaan masuk percuma seumur hidup ke Galeri Warisan.

Beliau berharap jasa tokoh mapan kesenian dan warisan boleh menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang akan datang.


This article was first published on Jan 29, 2015.
Go to beritaharian.sg for more stories.

Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.