Yaacob: Sifat ihsan menyerlah dalam Muslim S'pura

Yaacob: Sifat ihsan menyerlah dalam Muslim S'pura

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim (gambar), berkata masyarakat Islam setempat telah menunjukkan sifat ihsan dan semangat membantu sesama insan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang dilanda bencana seperti mangsa banjir di Malaysia.

Sifat dan semangat tersebut, menurut beliau, menyerlahkan nilai agama Islam sejati yang patut ditonjolkan kepada masyarakat lain.

"Melihat rantau ini dilanda pelbagai cabaran, saya gembira semangat keikhsanan dan kemuliaan telah ditunjukkan masyarakat kita. Menyusuli banjir di Malaysia dan bencana di Indonesia, ramai anggota masyarakat kita tampil untuk menghulurkan bantuan.

"Inilah semangat yang ingin kita teruskan dan inilah nilai agama kita yang patut kita tonjolkan kepada masyarakat lain,'' kata Dr Yaacob.

Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, berkata demikian ketika bertemu media dalam majlis sambutan Maulud Nabi di Masjid Kassim, semalam.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram, turut mengajak Muslim Singapura memperkukuhkan lagi semangat membantu itu, satu semangat yang menjadi komponen penting dalam diri dan jiwa mereka.

Bagi golongan generasi muda pula, Mufti berpesan mengenai peri pentingnya pendidikan agama, dan berharap ibu bapa akan terus menghantar anak mereka mengikuti kelas agama.

"Komponen penting dalam budaya dan jiwa masyarakat Muslim Singapura ialah semangat rahmatan lil 'alamin.

"Masyarakat Muslim kita telah memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan etos ini selaras dengan sunah menyumbang dan memberi rahmat kepada semua," kata beliau dalam ceramah ringkasnya.

Sehubungan dengan itu, Dr Mohamed Fatris menggesa Muslim supaya menegakkan etos rahmatan lil 'alamin dan menyumbang secara aktif kepada masyarakat di negara ini dan menegakkan cara hidup Singapura.

Beliau menarik perhatian kepada usaha yang dijalankan bagi membantu golongan susah di negara ini, selaras dengan usaha memberi rahmat kepada semua.

Dalam hal ini, beliau memberi penghargaan kepada masjid dan pegawai pembangunan sosial yang berusaha mendekati penduduk memerlukan bantuan selain pihak swasta yang turut sama menyumbang.

Mufti juga menekankan peri penting pendidikan agama, khususnya bagi generasi muda.

Beliau berharap ibu bapa akan terus menghantar anak mereka mengikuti kelas agama di pusat aLive atau pusat pendidikan agama swasta.

Menurutnya, pusat pendidikan agama swasta akan terus bekerjasama dengan Muis untuk mendekati lebih ramai kanak-kanak dan keluarga.

Majlis semalam turut dihadiri Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara), Dr Mohamad Maliki Osman, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Pengangkutan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Hassan Maricar.

adli@sph.com.sg

 


Go to beritaharian.sg for more stories.

More about

Yaacob Ibrahim
Purchase this article for republication.

BRANDINSIDER

SPONSORED

Most Read

Your daily good stuff - AsiaOne stories delivered straight to your inbox
By signing up, you agree to our Privacy policy and Terms and Conditions.