MUIS: Dapatkan nasihat jika mahu menuntut di luar negara

TIMBALAN Pengarah Pejabat Mufti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Dr Nazirudin Mohd Nasir: "Kami menggesa Muslim di Singapura yang mahu mendalami Islam agar mendapatkan panduan dan nasihat daripada asatizah yang diiktiraf.

"Bagi mereka yang ingin belajar di institusi luar negara, harap dapatkan nasihat Muis dan kami akan memberikan panduan dan sokongan sewajarnya berkaitan institusi luar negara yang sesuai bagi pengajian Islam.

"Kami juga ingin menggalakkan ibu bapa dan anggota keluarga agar memainkan peranan lebih aktif membimbing mereka yang disayangi, dalam mendapatkan sumber pengajian Islam yang sepatutnya.

"Sebagai sebuah masyarakat, kita harus kekal berjaga-jaga terhadap elemen pelampau dalam masyarakat. Kita harus terus menegakkan ajaran Islam yang relevan bagi keperluan kontemporari dan yang sesuai dengan kehidupan berbilang agama di Singapura.

"Muis, dengan kerjasama masjid dan institusi setempat, telah memperkenalkan pelbagai programme pengajian Islam seperti aLive dan ADIL (pengajian Islam bagi dewasa) yang bertujuan memenuhi objektif ini."


This article was first published on March 17, 2016.
Go to beritaharian.sg for more stories.

VIDEOS TO WATCH

SERVICES