Masagos: Jangan ambil ringan keharmonian kaum

Masagos: Jangan ambil ringan keharmonian kaum

PERSEKUTUAN India Muslim (FIM) kelmarin menganjurkan iftar bagi lebih 200 undangan, terdiri daripada pesuruhjaya tinggi daripada 20 negara, ketua masyarakat dan pemimpin agama lain.

Majlis iftar yang diadakan di Masjid Bencoolen itu bertujuan mempromosikan keharmonian kaum dan agama di Singapura dan seluruh dunia.

Hadir sebagai tetamu terhormat di majlis itu ialah Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan hadirin bahawa keharmonian kaum yang dinikmati Singapura masa ini tidak boleh diambil ringan.

"Ia sesuatu yang kita harus hargai, kekalkan dan lindungi.

"Kita harus bersyukur dibesarkan, dilahirkan atau tinggal di negara ini. Saya telah ke banyak negara di mana ketegangan antara kaum dan agama, ketidakfahaman dan ketidakselesaan ialah perkara biasa.

"Tetapi di negara kita, kita jangkakan di setiap peringkat, sama ada di peringkat kepimpinan antara pemimpin agama atau di kalangan rakyat biasa bahawa kesefahaman ini ialah sesuatu yang unik di Singapura.

"Tapi jangan ambil ringan. Mesin ini harus sentiasa dibubuh minyak," kata Encik Masagos.


Get a copy of Berita Harian or go to BeritaHarian.sg for more stories.

This website is best viewed using the latest versions of web browsers.